DBKL Tak Benarkan Perhimpunan Di Petaling Street Sabtu Ini

Diterbitkan: Selasa, 22 September 2015 5:34 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: "Saya tidak akan benarkan", tegas Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Mhd Amin Nordin Abd Aziz, sekiranya ada pihak ingin mengadakan perhimpunan di kawasan Petaling Street mahupun mana-mana kawasan yang dilihat boleh menganggu-gugat ketenteraman awam.

Mhd Amin berkata sekiranya pihak terbabit ingin berhimpun, ia perlu dilakukan di lokasi strategik seperti di Padang Merbok atau Stadium Merdeka.

"Kawasan di Petaling Street memang tidak boleh, dan saya tidak akan benarkan mana-mana pihak nak berhimpun di kawasan itu...ia menyalahi undang-undang. Kalau nak berhimpun buat di tempat yang sesuai, dan kena memohon kebenaran," katanya ketika dihubungi Bernama Selasa.

Beliau diminta mengulas cadangan pihak tertentu untuk mengadakan perhimpunan di Petaling Street di sini pada Sabtu ini, antara lain, sebagai membantah kehadiran warga asing yang menjalankan peniagaan termasuk menjual barangan larangan dan tiruan di lokasi berkenaan.

Mhd Amin berkata beliau tidak mengetahui tentang cadangan mengadakan perhimpunan itu, malah pihaknya juga belum menerima sebarang notis daripada penganjur untuk memperoleh kebenaran berhimpun di dalam kawasan bandar.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa ketika dihubungi turut memaklumkan bahawa pihaknya setakat ini tidak menerima sebarang permohonan daripada mana-mana pihak untuk penganjuran perhimpunan berkenaan.

Mengulas lanjut, beliau berkata mereka yang merancang mengadakan sebarang perhimpunan perlu mengikut saluran yang betul dan menurut peraturan sedia ada.

Sementara itu, Pengerusi Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu, Datuk Jamal Md Yunos yang bertindak sebagai orang tengah kepada kumpulan perhimpunan itu, berkata mereka mengharapkan respons positif daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk mengambil tindakan ke atas peniaga warga asing di Petaling Street.

Jamal mengadakan pertemuan bersama KPDNKK bagi menyampaikan tuntutan kumpulan demonstrasi berkenaan Jumaat lepas.

Ditanya sama ada mereka akan menghantar notis pemberitahuan kepada polis mengenai perhimpunan berkenaan, beliau percaya pihak kumpulan perhimpunan itu tidak akan berbuat demikian.

"Mereka tahu polis tidak akan benarkan, jadi mereka akan teruskan juga sekiranya mendapat respons yang negatif. Saya hanya bertindak sebagai orang tengah, dan seboleh mungkin berharap ia dapat diselesaikan dengan baik," katanya.

Sehingga kini, belum ada pihak tampil mengaku sebagai penganjur perhimpunan itu Sabtu ini.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan