Anjing Liar Dipercayai Masuk Perlis Melalui Lorong Tikus - Exco

Diterbitkan: Selasa, 22 September 2015 2:46 PM

Petugas Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) cuba menangkap seekor anjing liar di kawasan Perkampungan Berapit untuk dibunuh. Aning-anjing liar berkenaan dibunuh bagi mengawal penularan wabak penyakit anjing gila yang dilaporkan berlaku di negeri ini.

(Ubah saiz teks)

PADANG BESAR: Anjing liar dipercayai memasuki negeri ini menerusi lorong tikus yang digunakan penyeludup di kawasan sempadan sehingga tersebar penyakit anjing gila, kata anggota exco kerajaan negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Pembangunan Wilayah dan Pertumbuhan Baharu, Datuk Sabry Ahmad berkata kawasan selatan Thailand dilapor belum bebas daripada penyakit anjing gila.

"Saya yakin andaian ini benar kerana mangsa pertama dan kedua digigit anjing liar berlaku di kawasan sempadan," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Mangsa pertama dilapor digigit di Felcra Lubuk Sireh dan mangsa kedua di Kaki Bukit.

Beliau berkata sehingga malam tadi, 12 kes disah sebagai rabies daripada 30 kes gigitan melibatkan 15 anjing liar dan 15 anjing peliharaan.

Sebanyak 20 dari 64 sampel anjing peliharaan yang diambil disahkan positif virus rabies, katanya.

Sabry berkata kes terbaru gigitan anjing liar semalam membabitkan dua orang dewasa di Kaki Bukit dan Simpang Empat, namun belum dapat disahkan sama ada mereka dijangkiti virus rabies.

Beliau berkata 782 ekor anjing peliharaan telah disuntik vaksin pencegahan rabies manakala 300 ekor anjing liar telah dihapuskan.-- Bernama



Tags / Kata Kunci: Perlis , Sabry Ahmad , anjing

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan