MCA Adakan Sesi Khas Khamis Ini Bincang Perkembangan Terkini Negara

Diterbitkan: Isnin, 21 September 2015 9:37 PM

Datuk Seri Ong Ka Chuan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: MCA akan mengadakan sesi khas pada Khamis ini, bagi membincangkan dengan panjang lebar perkembangan terkini dalam negara, termasuk berkaitan dua perhimpunan baru-baru ini.

Mesyuarat itu akan dihadiri semua pengerusi, timbalan pengerusi, setiausaha, pengerusi Pemuda dan pengerusi Wanita bahagian, kata Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Ong Ka Chuan.

"(Berikutan) perhimpunan awam baru-baru ini, ditambah pula dengan adanya isu-isu politik, ekonomi dan perkauman telah menyebabkan keadaan di negara ini semakin tegang.

"MCA amat bimbang dengan senario yang sedang berlaku sekarang. Kita akan membincangkan dengan panjang lebar dan mengeluarkan pendirian yang sekata," katanya dalam kenyataan di sini Isnin.

Ong juga menggesa anggota MCA supaya bertenang dan tidak melakukan apa jua untuk menyatakan pandangan berdasarkan emosi kerana ini, katanya hanya akan memburukkan lagi keadaan.

Beliau berkata anggota parti juga perlu berfikiran tenang, menganalisa sesuatu perkara secara rasional dan mengetahui dengan jelas punca keresahan yang dihadapi rakyat pada masa ini.


"MCA mesti tabah selaras dengan visi pengasas kita, mempertahankan hak-hak masyarakat Cina dan kaum-kaum lain, memelihara semangat Kemerdekaan Malaysia dan memastikan bahawa semua kaum diberikan hak mereka seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya.
Tags / Kata Kunci: MCA , baju merah , Datuk Seri Ong Ka Chuan

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan