Sarawak Kini Iktiraf UEC

Diterbitkan: Isnin, 21 September 2015 5:28 PM

Dr Sim Kui Hian

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Sebagai tanda kepada perubahan dasar, kerajaan negeri Sarawak telah memutuskan untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) berkuatkuasa serta merta.

Pengiktirafan ini akan terpakai kepada perkhidmatan awam negeri, universiti dan biasiswa Yayasan Sarawak.

Satu-satunya keperluan adalah pemohon UEC mesti mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam Bahasa Malaysia di peringkat SPM.

UEC adalah kelayakan sekolah persendirian Cina, sama seperti STPM.

Presiden SUPP Senator Datuk Dr Sim Kui Hian membuat pengumuman ini pada Isnin susulan mesyuarat pasukan petugas khas UEC.

Katanya, Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem telah memberikan kepadanya lampu hijau untuk membuat pengumuman itu.

Dr Sim yang memetik Adenan sebagai berkata, telah berkata bahawa memandangkan Kerajaan Persekutuan 'terlalu lambat' (dalam membuat keputusan), negeri ini akan terus ke hadapan dan mengiktiraf UEC.

Dr Sim berkata isu-isu teknikal akan diusahakan dengan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Kolej Universiti Teknologi Sarawak, dan kampus Sarawak Swinburne University of Technology dan Curtin University. Kecuali Unimas, kerajaan Sarawak mempunyai kepentingan dalam semua universiti-univeristi.

Bagi pemegang UEC yang menyertai perkhidmatan awam negeri, mereka akan diletakkan di bawah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan bukan skim pencen.
Tags / Kata Kunci: UEC , Dr Sim Kui Hian , SUPP

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan