Jerebu: Kebanyakan Rakyat Malaysia Di Riau Telah Dipindahkan

Diterbitkan: Isnin, 21 September 2015 8:27 PM

Pelajar-pelajar Malaysia beratur untuk meninggalkan KOnsulat Malaysia semasa proses pemindahan di Pekanbaru, Riau. -foto EPA.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sebahagian besar rakyat Malaysia yang terperangkap dalam jerebu di wilayah Riau Indonesia telah dipindahkan, kata Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab.

Jumaat lepas, majlis itu memindahkan 225 rakyat Malaysia dengan penerbangan dari Pekanbaru, ibu kota Riau di pulau Sumatra.

Thajudeen berkata tiada lagi penerbangan seterusnya yang sedang dirancang.

"Bagi Pekanbaru, tidak ada pemindahan lagi kerana kita telah memindahkan hampir semua pelajar kita termasuk ahli keluarga kakitangan Konsulat Malaysia," katanya sambil menambah beberapa pelajar Malaysia yang tinggal di Pekanbaru enggan dipindahkan.

Kerajaan Indonesia mengisytiharkan darurat pencemaran udara di wilayah itu selepas Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah 1,000 pada 14 September.

Thajudeen berkata sejak Sabtu, keadaan jerebu di Pekanbaru bertambah baik berada di bawah paras bahaya iaitu 300.

Beliau berkata, kawasan di Indonesia yang paling teruk bacaan kualiti udara pada masa ini adalah Palangkaraya di tengah Kalimantan, yang mencatatkan bacaan ISPU 1,482.05 sehingga pukul 8 pagi Isnin.

Beliau berkata terdapat kira-kira 300 hingga 400 rakyat Malaysia, kebanyakannya pelajar, yang tinggal di wilayah Riau dan juga pulau-pulau di Riau.

Beliau menasihatkan rakyat Malaysia di Sumatera untuk mendaftar dengan Konsulat.

"Ia akan memastikan bahawa kami boleh menyediakan bantuan yang diperlukan atau nasihat dalam tempoh masa ini."
Tags / Kata Kunci: jerebu , MKN , pelajar Malaysia

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan