PSLEM Sedia Bantu Tingkat Kesedaran SLE

Diterbitkan: Isnin, 21 September 2015 11:11 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Persatuan SLE Malaysia (PSLEM) komited membantu kerajaan dalam pendaftaran pesakit Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) bagi mewujudkan pemahaman yang lebih baik mengenai beban sebenar penyakit tersebut di negara ini.

Langkah berkenaan juga akan memudahkan kerajaan menyalurkan peruntukan kepada hospital yang merawat pesakit lupus dan juga menyediakan bantuan yang lebih baik kepada mereka yang menghadapi masalah itu.

Presiden PSLEM, Dr Benjamin Cheah Tien Eang berkata, maklumat tepat mengenai SLE atau lebih dikenali sebagailupus tidak diketahui di Malaysia dan persatuan itu akan menyokong mana-mana inisiatif untuk mendaftarkan penyakit tersebut.

"SLE memberi kesan terutamanya kepada golongan wanita yang sedang berada pada kemuncak kehidupan mereka dan kumpulan pesakit ini cenderung kepada masalah emosi kerana penampilan fizikal mereka akibat penyakit ini.

"SLE masih sukar dikesan kerana gejalanya berbeza antara individu dan boleh datang dan pergi dalam tempoh tertentu. Ia juga boleh meniru gejala penyakit lain.

"Ia boleh membawa maut terutamanya jika tidak dirawat. Puncanya masih tidak diketahui walaupun penyelidikan menyebabkan lebih pemahaman terhadap penyakit ini," kata Dr Cheah.

SLE adalah sejenis penyakit autoimun yang mengakibatkan sistem imunisasi badan menyerang tisu-tisu sihat dalam tubuh.

Terdapat dua jenis lupus iaitu SLE yang boleh menjejaskan mana-mana organ di dalam tubuh dan Discoid Lupus Eritematosus (DLE) yang memberi kesan kepada kulit sahaja.

Dilaporkan lebih daripada 90 peratus pesakit SLE adalah wanita dengan 80 peratus daripada mereka mula mendapat penyakit itu berumur antara 15 hingga 44 tahun.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan