Najib Puji Kemenangan Besar Mahasiswa Prokerajaan

Diterbitkan: Isnin, 21 September 2015 8:00 AM

Gambar fail.

(Ubah saiz teks)

MUAR: Kemenangan besar mahasiswa prokerajaan dalam pilihan raya kampus baru-baru ini membuktikan generasi baharu memahami perjuangan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kemenangan mahasiswa prokerajaan itu adalah pertama kali dalam sejarah pilihan raya kampus.

"Siapa kata kita tidak laku dengan kalangan Gen Y? Mereka boleh sokong, dengan syarat kita dapat memaparkan perjuangan kita kepada mereka.

"Beri mereka faham apa sebenarnya dasar kita, matlamat perjuangan kita dan cara kita," katanya ketika berucap merasmikan bangunan baru UMNO Bahagian Muar di Jalan Meriam di sini, Ahad.

Turut hadir Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim, dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan.

Najib, yang juga Presiden UMNO, berkata buat pertama kalinya dalam sejarah, pilihan raya kampus di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang selama ini dimonopoli mahasiswa propembangkang, juga dimenangi mahasiswa prokerajaan.

"Kalau mereka (generasi baharu) faham, mereka boleh terima yang masa depan mereka sebenarnya adalah kemenangan kita. Wujudnya mereka di universiti juga kerana kita," kata Najib.

Pada pilihan raya kampus sesi 2015/2016, kumpulan Pro-Aspirasi iaitu kumpulan mahasiswa prokerajaan telah mendominasi pilihan raya itu di tujuh universiti awam pada pemilihan perwakilan pelajar baru-baru ini.

Pro-Aspirasi menang di UM, UKM, Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan UIAM.

Tags / Kata Kunci: Pilihan Raya Kampus , Najib Tun Razak

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan