Tiada Lagi Tajaan Mara Untuk Pelajar Universiti Taylor

Diterbitkan: Isnin, 21 September 2015 4:40 PM

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majlis Amanah Rakyat (Mara) tidak akan menaja pelajar Universiti Taylor untuk pengambilan seterusnya, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Bagaimanapun, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah tidak menyatakan sebab-sebab penamatan itu.

"Terdapat banyak sebab," katanya ketika ditanya sama ada ia ekoran kolej swasta itu menamatkan perkhidmatan operator yang membawa penumpang ke perhimpunan baju merah di Kuala Lumpur minggu lalu.

Di media sosial tersebar paparan skrin kenyataan yang didakwa dibuat oleh beliau, mengarahkan Ketua Pengarah Mara untuk menamatkan tajaan pelajar-pelajarnya berkuatkuasa serta merta.

Walau bagaimanapun, Ismail menjelaskan bahawa beliau tidak membuat sebarang kenyataan seperti itu.

"Saya tidak membuat pernyataan itu, ia telah dibincangkan dalam aplikasi mesej kumpulan Telegram dengan Ketua Umno bahagian," katanya.

Ismail berkata, beliau akan memaklumkan Ketua Pengarah Mara untuk mengkaji semula mengenai tajaan dengan Universiti Taylor.

"Tetapi saya ingin menjelaskan bahawa kita tidak akan menamatkan tajaan untuk pelajar sedia ada, mereka boleh meneruskan pengajian mereka.

"Hanya pengambilan seterusnya akan terjejas," kata Ismail.

Pada 18 September, Universiti Taylor telah menamatkan perkhidmatan seorang pengusaha bas yang menggunakan kenderaan yang mempunyai logo universiti itu untuk membawa penumpang ke Himpunan Rakyat Bersatu baru-baru ini.

Universiti itu berkata notis penamatan dua bulan, yang berkuat kuasa serta-merta telah dilakukan selaras dengan kontrak perkhidmatan dengan pihak ketiga syarikat bas.

"Perkhidmatan bas Wawasan Sutera akan terus berjalan mengikut jadual yang dipersetujui tanpa gangguan perkhidmatan sehingga 16 November 2015."

Universiti Taylor berkata ia masih belum menerima kenyataan rasmi penamatan itu dari Mara atau Kementerian.

"Kami akan tidak akan memberikan komen buat masa ini kerana kita masih belum mendengar daripada Mara mengenai perkara ini," kata seorang jurucakap universiti itu ketika dihubungi.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan