Keluarga Tuntut Mayat Mendiang Kevin Morais Rabu Ini

Diterbitkan: Isnin, 21 September 2015 1:30 PM

Anthony Kevin Morais.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mayat Anthony Kevin Morais akan dituntut oleh keluarganya daripada Institut Perubatan Forensik Negara, Hospital Kuala Lumpur, Rabu ini.

Adik bongsu Timbalan Pendakwa Raya itu, Datuk Richard Morais berkata mayat abangnya akan dibawa ke Nirvana Memorial Park di Sungai Besi, di sini, pada 10.30 pagi hari yang sama bagi menjalankan upacara keagamaan.

"Proses ujian deoksiribonukleik (DNA) sudah selesai dan kami hanya menunggu kepulangan abang saya Charles Morais dari Amerika Syarikat, yang dijangka tiba pagi esok sebelum menuntut mayat mendiang Rabu ini," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, Isnin.

Beliau berkata mendiang akan ditempatkan di Nirvana selama empat hari bagi upacara penghormatan terakhir.

Morais merupakan Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara.

Mayat beliau ditemui dalam tong berisi konkrit di Subang Jaya, Selangor setelah seorang daripada tujuh suspek membawa polis ke lokasi berkenaan di Taman Perumahan USJ 1, Persiaran Subang Mewah.

Morais, 55, dilaporkan hilang pada 4 September lepas dan kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapuri beliau di Menara Duta, Kuala Lumpur untuk ke pejabatnya di Putrajaya dengan memandu kereta Proton Perdana.

Tujuh lelaki ditahan setakat ini sementara dua lagi suspek lelaki M.Vishwanath, 24 dan R. Dinishwaran, 22 diburu polis bagi membantu siasatan kes pembunuhan berkenaan.

Tags / Kata Kunci: Anthony Kevin Morais

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan