Tiada Lagi Teksi Lama Menjelang 2019 - SPAD

Diterbitkan: Ahad, 20 September 2015 8:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mensasarkan tiada lagi penggunaan teksi lama menjelang 2019, dalam usaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatan teksi di Malaysia.

Bagi mencapai matlamat itu, SPAD berharap untuk menukarkan kesemua teksi yang berusia 10 tahun dan ke atas kepada kenderaan baharu dalam tempoh empat tahun.

Pada masa ini, kira-kira 10,000 teksi lama beroperasi di negara ini.

Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, bagi menawarkan perkhidmatan yang lebih baik dan selesa kepada penumpang, semua teksi lama perlu ditukarkan kepada baharu di bawah program Teksi 1Malaysia (TEKS1M).

"Terdapat dua aspek perlu dilihat bagi mentransformasikan industri teksi iaitu pertukaran kenderaan dan perubahan cara pemikiran pemandu teksi," katanya dalam satu temuramah.

Syed Hamid berkata, selain pemandu teksi perlu memperbaiki aspek sikap dan disiplin ketika berhubung dengan pelanggan, kenderaan juga perlu dititikberatkan.

"Kita perlu tukar teksi lama kepada model baharu. Setakat ini, kita telah menukarkan kira-kira 2,000 kenderaan lama kepada model baharu di bawah program TEKS1M," katanya.

Menurut Syed Hamid, bagi mempercepatkan proses tersebut, SPAD mempertimbangkan untuk membenarkan lebih banyak model kenderaan dimasukkan di bawah program TEKS1M.

Pada masa ini, hanya Toyota Innova dan Proton Exora yang kedua-dua merupakan kenderaan pelbagai guna (MPV) diluluskan sebagai model kenderaan di bawah TEKS1M.

Model kenderaan bagi TEKS1M tidak lama lagi bakal diperluaskan kepada kenderaan jenis sedan buatan Malaysia seperti Proton Persona dan Proton Saga pada tahun ini.

Syed Hamid berkata, kenderaan lebih kecil lebih menjimatkan dan akan membolehkan lebih ramai pemandu teksi untuk menukarkan jenis teksi di bawah TEKS1M.

"Kita menerima aduan daripada pemandu teksi yang tidak mampu untuk menukarkan teksi mereka kepada Exora atau Innova yang membabitkan kos kira-kira RM60,000 dan RM70,000.

"Sebuah Persona hanya melibatkan kos RM40,000 dan menggalakkan lebih ramai pemandu teksi untuk menukarkan kenderaan mereka," katanya.

Syed Hamid turut menyedari bahawa berlakunya kekurangan kenderaan untuk keluarga dalam perkhidmatan teksi.

Beliau melihat segelintir pelancong yang mengunjungi Malaysia bersama keluarga mereka tidak mahu menggunakan dua teksi berasingan dan memilih untuk bersama dalam satu kenderaan.

"Sehubungan itu, kita perlu memenuhi pelbagai segmen pasaran," katanya, sambil menambah bahawa kereta buatan Malaysia yang lain turut dipertimbangkan untuk disenaraikan di bawah TEKS1M.

Beliau menjangkakan untuk pelancaran model tambahan pada tahun ini selepas mereka membuat kelulusan dan mengikut syarat dan spesifikasi tertentu.

Syed Hamid berkata, cadangan untuk menambahkan lebih banyak model di bawah TEKS1M akan melancarkan proses pertukaran teksi lama kepada model baharu.

"Saya juga berharap pemandu teksi yang mahu menyertai TEKS1M akan lebih berdisiplin dan menyediakan perkhidmatan lebih berkualiti," katanya.

Syed Hamid turut memberitahu bahawa terdapat ramai pemandu teksi yang beroperasi secara separuh masa.

"Terdapat aduan mengenai kekurangan teksi pada waktu puncak. Segelintir pemandu mungkin berada di rumah ketika itu manakala mereka yang lain mungkin menggunakan teksi mereka sebagai kenderaan persendirian.

"Ini bermakna mereka menggunakan teksi untuk menghantar anak mereka ke sekolah, pergi ke pasar atau alasan lain. Ini akan menjejaskan perkhidmatan teksi," katanya.

Pada 2013, SPAD memperkenalkan TEKS1M yang bertujuan untuk mempertingkat standard kenderaan, kualiti pemandu dan prinsip operasi dalam industri teksi.

Sejak Oktober tahun lalu, kesemua teksi yang mencapai hadnya perlu digantikan dengan TEKS1M.

Berdasarkan permit teksi bajet mempunyai jangka hayat selama 10 tahun, teksi yang bukan TEKS1M terakhir dijangka tidak digunakan lagi untuk beroperasi menjelang akhir 2024.

Terdapat lebih 60,000 teksi di Semenanjung Malaysia dengan 37,000 beroperasi di Lembah Klang.

Tags / Kata Kunci: Syed Hamid Albar , teksi , TEKS1M , SPAD

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan