Peguam Negara Perlu Diberi Perlindungan Jawatan - Bekas Hakim

Diterbitkan: Ahad, 20 September 2015 12:49 PM

Mohd Hishamudin Yunus.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Peguam Negara perlu diberi perlindungan ke atas jawatannya, kata bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Hishamudin Yunus.

"Terdapat keperluan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan untuk memberi perlindungan ke atas jawatan peguam negara," katanya.

Mohd Hishamudin yang berusia 66 tahun pada 9 September lalu berkata demikian ketika ditanya siapa yang dapat menggugurkan peguam negara dan sama ada ia boleh dilakukan tanpa mengadakan tribunal untuk mendengar pertuduhan salah laku.

"Di bawah Artikel 145 (5) Peguam Negara memegang jawatan selama diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong.

"Ini bermaksud Peguam Negara, pada bila-bila masa, boleh digugurkan oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Kabinet atau seorang menteri yang bertindak di bawah bidang kuasa am Jemaah Menteri (Artikel 40).

"Artikel 132 (4) (b) menyatakan, peguam negara tidak dianggap sebagai anggota perkhidmatan awam," katanya.

Mohd Hishamudin berkata, ini bermakna, beliau tidak dilindungi di bawah Artikel 135 yang memperuntukkan penjagaan hak dan perlindungan penjawat awam semasa prosedur pembuangan kerja atau penurunan pangkat.

"Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa peguam negara harus menjadi ahli JLS (perkhidmatan kehakiman dan perundangan) dan beliau mendapat perlindungan ke atas jawatannya dan beliau hanya boleh digugurkan dengan cara yang sama seperti Hakim Mahkamah Agung (dengan penubuhan tribunal).

"Namun perlindungan tersebut dikeluarkan apabila Perlembagaan dipinda pada 1963 untuk menetapkan peruntukan bagi pelantikan peguam negara daripada kalangan individu yang tidak semestinya daripada JLS.

"Saya berpendapat bahawa peguam negara, kerana bidang kerjanya, perlu mempunyai perlindungan ke atas jawatannya," katanya.

Isu ini menjadi bualan ramai selepas Ketua Setiausaha Negara mengeluarkan kenyataan pada Julai lalu bahawa Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Mohd Apandi Ali menggantikan Tan Sri Gani Patail sebagai peguam negara.

Gani yang juga pengerusi Pasukan Petugas Khas bagi menyiasat kes berprofil tinggi sepatutnya dijadualkan bersara pada 6 Oktober ini.


Tags / Kata Kunci: Mohd Hishamudin Yunus , peguam negara

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan