Hentikan Pembunuhan, Sekalipun Anjing Terbiar - NGO

Diterbitkan: Ahad, 20 September 2015 11:29 PM

Seorang peserta sedih dan menitiskan air mata semasa mengambil bahagian dalam bantahan terhadap pembunuhan anjing dan mendesak suntikan vaksin dilakukan terhadap anjing di Padang Kota Lama, Ahad. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Sekumpulan aktivis haiwan bebas dan badan bukan kerajaan (NGO) menggesa Ketua Menteri, Lim Guan Eng menghentikan segera aktiviti membunuh anjing yang dijalankan sekarang di negeri ini.  

Seorang anggota jawatankuasa gabungan NGO 'Stop Killing, Start Vaccinating', Joel Gurprit Singh berkata, membunuh anjing bukan penyelesaian kekal terhadap isu wabak penyakit anjing gila. 

Beliau berkata, Lim tidak mengamalkan dasar telus ketika menangani wabak anjing gila dan NGO tidak dirundingi sebelum negeri ini memutuskan untuk membunuh anjing-anjing terbiar dalam usaha menyekat penyakit itu dari merebak. 

Bercakap kepada pemberita di sini Ahad semasa tunjuk perasaan menentang langkah kerajaan itu, Singh berkata kerajaan negeri perlu menyuntik vaksin bukan membunuh anjing.   

"Jika vaksin kekurangan, sebuah NGO global menawarkan untuk menyuntik vaksin pada anjing-anjing terbiar di Pulau Pinang," katanya.  

Lebih 60 wakil dari pelbagai NGO berhimpun di Sudut Penceramah di Padang Kota Lama dan membawa kad board "Stop killing" (Hentikan Pembunuhan). 

Bagaimanapun, Lim Shiang Mey, seorang wakil daripada 'Penang Hope Of Strays", berkata sekumpulan NGO telah berbincang dengan Lim dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS). 

Shiang Mey berkata, Lim memberitahu kumpulan itu bahawa keputusan membunuh anjing-anjing itu dibuat oleh jabatan kesihatan persekutuan dan DVS dan bukan kerajaan negeri.

"Lim memberitahu kami beliau akan menghentikan aktiviti pembunuhan anjing dengan syarat DVS menyatakan ada cara lain lebih baik bagi menyekat wabak anjing gila," kata Shiang Mey. - Bernama

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan