Jerebu: Pertemuan Malaysia-Indonesia Ditangguh

Diterbitkan: Ahad, 20 September 2015 4:51 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pertemuan empat mata bagi membincangkan isu jerebu antara Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi bersama Menteri Alam Sekitar dan Perhutanan Indonesia, Dr Siti Nurbaya Bakar ditangguhkan ke hari yang belum ditetapkan.

Menurut Wan Junaidi, penangguhan itu dibuat kerana Dr Siti Nurbaya yang sedang sibuk mengendalikan kes kebakaran hutan dan pembakaran terbuka yang melanda Malaysia dan negara itu.

"Perjumpaan yang sepatutnya dijadualkan pada 18 September telah ditunda pada 25 September.

"Namun pertemuan pada 25 September juga terpaksa ditangguhkan buat kali kedua.

"Keadaan jerebu di Pontianak iaitu di Kalimantan dan juga di Pekan Baru yang mececah bacaan indeks pencemaran udara pada tahap serius menjejaskan pertemuaan diadakan," katanya kepada pemberita ketika lawatan rasmi ke Zoo Negara pada Ahad.

Wan Junaidi menambah, kementerian bercadang untuk mengadakan perbincangan dengan pihak Indonesia termasuk memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagaimana untuk mengatasi masalah jerebu.

"Perkara penting akan dimasukkan dalam memorandum persefahaman ini ialah soalan undang-undang, bagaimana untuk mengamalkan latihan teknik pembakaran sifar kepada pihak Indonesia dan juga kolaborasi di antara negara jika berlakunya kebakaran.

"Jabatan Alam Sekitar Malaysia akan berhubung terus dengan sekretariat ASEAN yang telah dipersetujui dalam mesyuarat-mesyuarat Asean untuk menangani masalah jerebu ini," menurutnya.


Tags / Kata Kunci: Zoo Negara , Jerebu

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan