Kekurangan Bekalan Vaksin Anti Rabies

Diterbitkan: Ahad, 20 September 2015 8:00 AM

Pegawai Veterinar Alor Setar, Dr. Lee Chian Hoey (kiri) memberi suntikan vaksin kepada anjing pada sidang media mengenai kempen kesedaran anjing gila (rabies) pada Sabtu. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Ketika bahagian utara negara dilanda wabak penyakit anjing gila, pencinta anjing kini berdepan dengan satu lagi masalah iaitu kekurangan bekalan vaksin anti rabies.

Bekalan vaksin itu yang diimport hanya akan tiba di Pulau Pinang pada bulan depan.

Menurut salah sebuah syarikat utama yang membekalkan vaksin berkenaan ke seluruh Malaysia, bekalan semasa di seluruh negara hanya boleh menampung kira-kira 100 anjing dan ia telah dibekalkan berikutan wabak mengejut yang berlaku baru-baru ini.

"Pada masa ini, keadaan adalah sangat luar biasa. Permintaan mencecah sehingga ribuan untuk klinik haiwan swasta dan kerajaan," kata seorang jurucakap.

Beliau berkata, kumpulan pertama bagi bekalan vaksi yang diimport dari Perancis akan tiba mengikut tiga peringkat dari Oktober sehingga Disember.

Sejak wabak yang berlaku, permintaan terhadap vaksin telah meningkat di Lembah Klang dan beberapa bahagian selatan di negara ini sebagao langkah pencegahan.

George Cheah yang menetap dekat sebuah klinik haiwan di Bukit Gelugor kecewa apabila tidak mendapat vaksi untuk anjing perliharaannya.

"Walaupun saya menjaga anjing saya di kawasan rumah, tetapi saya tidak mahu mengambil risiko terhadap rabies.

"Bagaimanapun, doktor haiwan mengatakan bahawa vaksin hanya akan tiba bulan depan," katanya.

Cheah berkata, dia dimaklumkan mengenai kekurangan bekalan di kebanyakan klinik di Pulau Pinang.

"Saya tiada pilihan kecuali menunggu. Sementara itu, saya akan memastikan anjing saya tidak akan 

Pengarah Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang, Dr Siti Salmiyah Tahir menggesa orang ramai supaya tidak panik berikutan masalah kekurangan bekalan vaksin.

"Vaksin hanya merupakan langkah berjaga-jaga untuk melindungi haiwan, dan bukannya penyelesaian kepada mereka," katanya.

Dr Siti Salmiyah mengingatkan pemilik anjing supaya memastikan haiwan perliharaan mereka berada dalam kawasan, dan memantau mereka sekiranya di luar rumah sebagai perlindungan dari terkena jangkitan rabies.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan