Ujian DNA Sahkan Mayat Kevin Morais

Diterbitkan: Sabtu, 19 September 2015 6:35 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Polis mengesahkan mayat yang ditemui dalam tong berisi konkrit pada Rabu lepas ialah Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Kevin Anthony Morais.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad berkata, sampel DNA yang dihantar untuk tujuan pengecaman didapati sepadan dengan mayat yang dijumpai itu.

"Laporan kimia menunjukkan bahawa mayat yang disimen dan dijumpai tiga hari lepas itu adalah positif dengan sampel yang dihantar untuk analisis DNA bagi Kevin Morais," katanya ketika dihubungi Bernama.

Zainuddin berkata, mayat itu masih dalam siasatan patologi dan punca sebenar kematian masih belum diketahui.

Mayat Morais, katanya, akan diserahkan kepada waris dalam masa terdekat. 

Mayat seorang individu, dipercayai Morais, ditemui dalam tong berisi konkrit di Subang Jaya, Selangor setelah seorang daripada tujuh suspek membawa polis ke lokasi berkenaan di Taman Perumahan USJ 1, Persiaran Subang Mewah.

Morais, 55, dilaporkan hilang pada 4 September lepas dan kali terakhir dilihat ketika meninggalkan pangsapuri beliau di Menara Duta, Kuala Lumpur untuk ke pejabatnya di Putrajaya dengan memandu kereta Proton Perdana bernombor pendaftaran WA6264Q. 

Tujuh lelaki ditahan setakat ini untuk membantu siasatan kes pembunuhan kejam itu.

Sementara itu, polis bekerjasama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam dalam usaha mencari bahan bukti dipercayai ada kaitan dengan kes itu, yang disyaki dibuang di sebatang sungai di Kuala Selangor.

"Pasukan penyelam polis dan Jabatan Pertahanan Awam masih meneruskan usaha mencari barang kes di kawasan itu walaupun pada sebelah pagi tadi arus kuat dan disambung petang tadi," kata Zainuddin.

Tags / Kata Kunci: Kevin Anthony Morais

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan