Sampel DNA Waris Jemaah Hilang Diserah Kepada Pihak Berkuasa Arab Saudi

Diterbitkan: Sabtu, 19 September 2015 6:30 PM

(Ubah saiz teks)

MAKKAH: Sampel asid deoksiribonukleik (DNA) waris dua jemaah haji Malaysia yang masih hilang selepas tragedi kren tumbang di Masjidil Haram pada 11 Sept lepas, telah diserahkan kepada pihak berkuasa Arab Saudi untuk proses pengecaman jenazah di rumah mayat Muaissem di Mina.

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, waris jemaah berkenaan tiba di Jeddah pada 6.15 petang Jumaat dan mereka terus dibawa ke rumah mayat itu untuk proses pengambilan spesimen masing-masing.

"Proses untuk padanan dengan DNA jenazah-jenazah di rumah mayat itu akan mengambil masa antara dua hingga tiga minggu. Mereka akan berada di sini sehingga proses berkenaan selesai," katanya kepada pemberita di sini pada Sabtu.

Dua jemaah yang hilang itu ialah Shahidan Saad, 52, dari Kodiang, Kedah dan Abdul Habib Lahman, 68, berasal dari Sik, Kedah. 

Waris Shahidan ialah abangnya Sobri dan adiknya Zulhakim, manakala  Abdul Habib diwakili anaknya Mohamad Fazil.

Daripada 108 jemaah yang terkorban dalam tragedi itu, lima daripadanya adalah jemaah wanita Malaysia.

Dr Asyraf Wajdi, yang tiba di sini Jumaat, berkata beliau mahu mempercepatkan proses mencari dua jemaah yang hilang itu selain memastikan perjalanan ibadat haji jemaah Malaysia berjalan lancar.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim pula berada di sini dari Isnin hingga Jumaat bagi melancarkan pengebumian jemaah Malaysia yang terkorban.

Mereka turut memberikan perhatian khusus kepada jemaah haji yang cedera serta memberi sokongan moral kepada jemaah haji lain berikutan tragedi berkenaan.

"Banyak perkara yang telah diselesaikan menteri (Jamil Khir)... Malaysia adalah satu-satunya negara yang menghantar menterinya bagi menguruskan jemaah hajinya yang terbabit dalam tragedi itu setakat ini," kata Asyraf Wajdi.

Sebelum ini, Jamil Khir berkata, terdapat tujuh beg plastik yang mengandungi cebisan anggota badan di rumah mayat Muaissem dan pihak berkuasa Arab Saudi telah menjalankan ujian DNA ke atas kesemua cebisan mayat itu.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan