PAS Tegaskan Hasrat Tanding Kerusi MP 'Berpaling Tadah' Dalam PRU-14

Diterbitkan: Sabtu, 19 September 2015 1:40 PM

Datuk Mustafa Ali

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: PAS menegaskan bahawa parti itu akan bertanding di kerusi Parlimen di mana ahli Parlimen asalnya telah 'lari', dalam pilihan raya umum akan datang.

"Mereka yang telah melarikan diri dengan kerusi kami, kerusi-kerusi itu masih milik PAS.

"PAS akan bertanding. Jika mereka mahu bertanding ia akan menjadi satu pertandingan tiga penjuru," kata Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali memetik laporan Harakahdaily.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya di Dungun, Terengganu malam Jumaat.

Mustafa merujuk kepada bekas Ahli Parlimen PAS yang keluar parti untuk menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) yang baru dilancarkan.

Antara mereka yang telah berpaling tadah ialah Ahli Parlimen Kuala Krai Hatta Ramli, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, Ahli Parlimen Parit Buntar Dr Mujahid Yusof Rawa dan Ahli Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud.

Mustafa juga berkata, PAS mungkin bertanding di lebih banyak kerusi berbanding pilihan raya umum 2013, sambil menambah jabatan pilihan raya akan memutuskan tentang kerusi mana yang akan ditanding.
Tags / Kata Kunci: Datuk Mustafa Ali , parti Amanah , PRU-14

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan