Pelihara Lebih 600 Anjing, Mak Intan Sedia Hadapi Penyakit Anjing Gila

Diterbitkan: Sabtu, 19 September 2015 8:27 AM

Pemilik Pusat Perlindungan Haiwan Pak Mi, Halijah Idris,68, atau lebih dikenali sebagai Mak Intan sedang membelai anjingnya ketika ditemui di Pusat Perlindungannya di Jalan Bendahara Jumaat. Susulan dari pengumuman Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengisytiharkan tiga negeri di Utara iaitu Perlis, Kedah dan Pulau Pinang sebagai kawasan jangkitan penyakit anjing gila, Halijah telah bersedia lebih awal dengan perkara itu melalui suntikan vaksin dan memeriksa suhu badan setiap anjing peliharaannya.
-fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Walaupun Kedah telah diisytiharkan sebagai kawasan jangkitan penyakit anjing gila, bagi pencinta haiwan, Halijah Idris,68 atau lebih mesra dikenali sebagai Mak Intan, beliau telah bersedia lebih awal untuk melindungi haiwan peliharaannya.

Memelihara lebih 600 ekor anjing jalanan di tanah rizab kerajaan kira-kira 500 meter di belakang Taman Sultan Abdul Halim, Jalan Tanjung Bendahara, di sini, Mak Intan yang meneruskan perjuangan arwah suaminya Muhammad Azmi Isma bagi membela anjing-anjing jalanan yakin dengan penjagaan rapi dan amalan pencegahan dilakukannya.

Ketika ditemui pemberita di tempat pemeliharaan anjingnya, Mak Intan sedang leka memberikan antibiotik kepada anjing-anjing dan sedang membersihkan tempat makanan dan minuman untuk anjing tersebut.

Beliau berkata, dua minggu sebelum pengisytiharan jangkitan penyakit itu, beberapa rakan arwah suaminya dari Thailand ada memaklumkan mengenai wabak berkenaan yang dijangka merebak ke utara negara ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, anjing-anjing peliharaannya dikawal rapi melalui pemberian vaksin awal bagi mencegah pelbagai penyakit termasuk penyakit anjing gila dan memeriksa suhu badan setiap anjing belaannya.

Anjing yang mempunyai suhu badan 40 darjah celcius ke atas katanya akan diasingkan dalam satu sangkar khas dan dipantau rapi, dan hanya akan dilepaskan selepas tiga hari.


"Awal-awal dah vaksin, lepas itu jaga makanan, kebersihan, minuman dan lepas itu bagi antibiotik sementara dapatkan ubat rabies daripada Jabatan Haiwan.

"Mak Intan kurung dan tak lepas, tak lepas luar langsung, tak campur luar langsung, Mak Intan kawal 24 jam dan tak kasi campur anjing luar, tapi buat masa ini kesemua anjing-anjing Mak Intan tak ada tanda-tanda penyakit itu," katanya.

Jelasnya, beliau mendapatkan bekalan ubat-ubatan dan antibiotik serta vaksin daripada beberapa doktor haiwan daripada Persatuan Pencegahan Penganiyaan Haiwan Kedah (SPCA).


Pada Khamis, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengisytiharkan tiga negeri di utara Semenanjung Malaysia - Perlis, Kedah dan Pulau Pinang sebagai kawasan jangkitan penyakit anjing gila selepas 20 kes jangkitan ke atas manusia dikesan di negeri berkenaan.
Tags / Kata Kunci: Mak Intan , anjing gila , rabies , Halijah Idris

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan