Henti Semua Provokasi Kaum - Khairy

Diterbitkan: Sabtu, 19 September 2015 4:42 PM

Khairy (kiri) bergambar dengan replika Jualan Hari Sukan Negara di majlis pelancaran Jualan Hari Sukan Negara di Stadium RSH Mid Valley Megamall pada Sabtu. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif RSH Malaysia Sdn Bhd, Om Prakash Gupta (kanan). Foto BERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin bersetuju dengan Timbalan Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyeru supaya semua bentuk provokasi kaum dihentikan.

Khairy berkata, pergerakan pemuda itu tidak mahu melihat sebarang perbalahan kaum atau masalah lain yang menjejaskan hubungan kaum.

"Sebarang bentuk provokasi tidak boleh dibiarkan. Ini adalah pendirian kita," katanya selepas melancarkan Jualan Hari Sukan Negara di pusat membeli-belah Mid Valley Megamall di sini, Sabtu.

Pada Jumaat, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi amaran kepada ahli-ahli politik supaya tidak menggunakan isu perkauman bagi mempromosikan agenda mereka sendiri kerana ia akan mencetuskan kebimbangan rakyat.

Bekas timbalan perdana menteri itu menyelar segelintir ahli politik tertentu yang berfikiran sempit, dengan mendakwa mereka "cuba untuk berlagak hero dalam masyarakat mereka sendiri".

Muhyiddin berkata, keharmonian kaum di Malaysia tidak seharusnya dipandang ringan kerana ia akan membawa kepada ketidakpercayaan di kalangan rakyat.

Mengenai perkembangan lain, Khairy berkata, Pemuda Umno tidak akan menghalang anggotanya untuk mengambil bahagian dalam mana-mana perhimpunan atau aktiviti selagi mereka mengikut undang-undnag.

"Tindakan akan dikenakan ke atas mereka sekiranya terbukti mereka melanggar undang-undang. Kita tidak akan melindungi mana-mana anggoya yang melakukan kesalahan," katanya.

Khairy berkata, ahlinya yang telah menyertai perhimpunan 'baju merah' di sepanjang Petaling Street dan membuat provokasi tidak terkecuali.

"Biar polis siasat perkara itu," katanya.

Tags / Kata Kunci: Khairy Jamaluddin

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan