JPN Nafi Bayaran Proses MyKad Naik

Diterbitkan: Sabtu, 19 September 2015 9:45 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menafikan bahawa bayaran proses MyKad dinaikkan dari RM10 ke RM50 seperti tersebar di media sosial.

JPN dalam satu kenyataan yang dimuat naik dalam laman sesawang rasminya pada Sabtu menyatakan maklumat yang tersebar tersebut adalah tidak benar.

"Sehingga kini tiada sebarang perubahan bayaran dikenakan ke atas permohonan MyKad," menurutnya.

Sehubungan itu, JPN mengharapkan kerjasama orang ramai untuk tidak mempercayai sumber berita dari laman sosial atau media tidak rasmi bagi mengelakkan sebarang kekeliruan.

"Ingin ditegaskan bahawa sebarang penyiaran maklumat berkaitan kad pengenalan atau hal ehwal berkaitan jabatan ini hanya boleh disahkan oleh Ketua Pengarah Pendaftaran Negara dan Pegawai yang dilantik sahaja," menurut kenyataan itu.

Dalam kenyataan sama, JPN memaklumkan penukaran MyKad adalah digalakkan namun ia bukanlah diwajibkan dan MyKad sedia ada juga masih sah diguna pakai.

Selain itu pengeluaran MyKad adalah merupakan perkhidmatan yang berterusan tanpa tarikh tutup dan tanpa sebarang tambahan bayaran.

Sehubungan itu, bagi sebarang maklumat yang berkaitan dengan JPN, orang awam dinasihat untuk melayari laman web rasmi JPN di www.jpn.gov.my atau menghubungi Pejabat Perkhidmatan Pelanggan JPN di talian 03 8880 7077 atau e-mel ke pro@jpn.gov.my.
Tags / Kata Kunci: JPN , MyKad

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan