Jangkitan Mungkin Datang Dari Thailand

Diterbitkan: Sabtu, 19 September 2015 9:00 AM

-foto THE STAR

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jangkitan penyakit anjing gila di utara bermungkin datang dari negara jiran seperti Thailand apabila jangkitan tertumpu di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

19 ekor anjing daripada 64 yang diuji di Perlis didapati mempunyai penyakit anjing gila sehingga Jumaat; 17 telah dijangkiti daripada 31 yang diperiksa di Kedah; manakala tiga ekor daripada 15 yang diuji di Pulau Pinang mempunyai penyakit itu.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar berkata anjing yang dijangkiti penyakit ini boleh membawa virus penyakit ke Malaysia yang bebas 'rabies' sejak tahun 1999.

Walau bagaimanapun, Timbalan Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizam enggan menamakan dari negara mana datangnya anjing yang dijangkiti penyakit ini.

"Kita sebelum ini bebas daripada penyakit anjing gila tetapi penyakit ini masih berlaku di negara jiran," katanya ringkas.

Beliau berkata terdapat prosedur standard untuk memberikan vaksin penyakit anjing gila kepada anjing di sempadan tetapi kawasan-kawasan ini agak poros dan haiwan yang dijangkiti mungkin dapat melepasinya.

Jabatan itu sedang bekerjasama dengan polis untuk memastikan bahawa anjing peliharaan di tiga negeri itu tidak menyeberangi sempadan sehingga wabak berakhir.

Dr Quaza berkata untuk mengadakan sekatan jalan bagi menguatkuasakannya, ia menelan kos dan memakan masa, justeru beliau menggesa pemilik anjing supaya bertanggungjawab.

Beliau memberi amaran bahawa haiwan akan dirampas dan dikuarantin jika perintah itu tidak dipatuhi.

"Walaupun anjing itu didapati bebas daripada penyakit anjing gila, pemilik masih akan didenda," kata Dr Quaza.

Beliau menasihatkan pemilik anjing untuk memastikan haiwan kesayangan mereka sentiasa berada di dalam kawasan rumah.

Mereka juga perlu memastikan haiwan peliharaan dirantai apabila ia dibawa berjalan-jalan, walaupun ia telah diberi vaksin, katanya.

Anjing berusia lebih dari tiga bulan mesti divaksin.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek meminta orang ramai yang digigit anjing supaya mendapatkan rawatan perubatan dengan segera.

Sehingga semalam, 27 orang di Perlis orang telah digigit oleh anjing; lapan di Kedah; dan enam di Pulau Pinang. Semuanya telah dirawat dan dibenarkan keluar dari hospital.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan