Abdul Hadi Gesa Wakil Rakyat PAS Letak Jawatan Jika Sertai Parti Lain

Diterbitkan: Sabtu, 19 September 2015 10:23 PM

Abdul Hadi Awang.

Abdul Hadi Awang.

(Ubah saiz teks)

DUNGUN: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Sabtu mengulangi gesaan supaya wakil rakyat parti itu meletakkan jawatan jika menyertai parti lain termasuk Parti Amanah Rakyat (Amanah).

Beliau berkata, tindakan itu perlu kerana semua calon PAS pada pilihan raya umum lepas telah melafazkan Bai'ah bersumpah, dan mereka akan dilaknati Allah swt jika melanggar Bai'ah itu.

"PAS sebagai parti Islam membuat Bai'ah dengan Anggota Jawatankuasa PAS Pusat, para pemimpinnya dan calon-calon pilihan raya dengan sumpah Wallahi, Wabillahi dan Watallahi.

"Semasa berBai'ah, kita sebut sebagai calon Parti Islam Semalaysia (PAS) dan tidak disebut PKR atau DAP. Ini diucapkan oleh setiap calon sama ada yang menang atau kalah. 

"Parti (PAS) mewajibkan dalam Bai'ah jika dipecat keluar parti, mereka kena letak jawatan sebagai Ahli Parlimen atau ADUN. Ini disebut dalam bai'ah itu," jelas Abdul Hadi semasa berucap pada program Himpunan Harapan Semua (Harap) 3.2 di Pulau Serai dekat sini.

Turut hadir pada program tiga hari itu yang berakhir pada Sabtu, ialah Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali; bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta Pesuruhjaya PAS negeri, Satiful Bahri Mamat.

Abdul Hadi berkata, gesaannya merujuk kepada tindakan beberapa wakil rakyat PAS yang menyertai Amanah, parti baharu yang diterajui bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Pada sidang media kemudian, Mustafa mengesahkan tiga pemimpin tertinggi PAS telah mengadakan pertemuan dengan kepemimpinan PKR termasuk presidennya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada Isnin bagi membincangkan mengenai tahaluf siyasif dalam pakatan pembangkang.

Dalam pertemuan itu di Ibu Pejabat PKR Kuala Lumpur,  PAS diwakili oleh Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Agung Datuk Takiyuddin Hassan dan Mustafa manakala PKR diwakili beberapa pemimpin tertingginya yang diketuai oleh Wan Azizah.

"Kita masih tahaluf dengan PKR tetapi dengan DAP dan parti baharu (Amanah), kita tak ada tahaluf," katanya. - Bernama

Tags / Kata Kunci: PAS , Parti Amanah Rakyat

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan