Bekalan Bahan Keperluan Mencukupi Untuk Aidiladha

Diterbitkan: Sabtu, 19 September 2015 5:07 PM

Gambar Hiasan

(Ubah saiz teks)

SERDANG: Bekalan bahan keperluan dijamin mencukupi bagi sambutan Hari Raya Aidiladha pada Khamis ini, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Katanya, kementerian juga akan melaksanakan pemantauan menyeluruh bagi memastikan peniaga tidak menaikkan harga barang sesuka hati, walaupun tiada skim kawalan harga barangan musim perayaan untuk Aidiladha.

"Dari segi bekalan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sudah maklumkan kepada kita bahawa bekalan bahan mentah adalah mencukupi.

"Dari segi penguatkuasaan kita sudah arahkan pegawai turun ke pasar raya dan pasar besar untuk pantau harga, jika ada yang naikkan harga terlalu tinggi kita akan bagi notis seperti biasa," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah pertandingan kepenggunaan 2015, di sini, Sabtu.

Sementara itu, beliau berkata kementerian bersedia mengkaji gesaan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) supaya satu badan atau sekretariat khas diwujudkan bagi memantau caj melampau tanpa notis yang dikenakan kepada pengguna.

Bagaimanapun, Ahmad Bashah meminta pengguna tampil sendiri membuat aduan kepada kementerian bagi memudahkan tindakan penguatkuasaan dilaksana.

"Pandangan dari PPIM kita ambil kira, tetapi saya lebih suka jika aduan dibuat sendiri oleh pengguna, contohnya jika ada kawasan letak kereta kenakan caj tidak munasabah, kita boleh tengok," katanya.

Semalam, Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata persatuan itu menerima lebih 300 aduan mengenai pelbagai caj tidak munasabah sejak lapan bulan lepas.

Antaranya caj meletak kenderaan, telekomunikasi dan stesen televisyen berbayar yang dikenakan tanpa notis.Beliau berkata antara kes yang diterima termasuk caj letak kereta RM4 untuk 12 minit dan RM400 untuk empat hari.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Aidiladha , Ahmad Bashah Md Hanipah

iklan

Video

Selasa, 25 Julai 2017 3:00 PM

Aaron Abdul Iras Sudirman?

Selasa, 25 Julai 2017 12:00 PM

Eyka Farhana Diusik Minta Nombor Telefon

Selasa, 25 Julai 2017 9:00 AM

Tauke Jambu Tak Sabar Naik Pelamin

Isnin, 24 Julai 2017 12:03 PM

Lantaklah! Ahya Memang Suka Tayang Badan

Isnin, 24 Julai 2017 9:00 AM

#BiziBody: Risteena Dah Nak Kahwin?

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Kolumnis

iklan

Iklan