Pengamal Undang-Undang Hadir Upacara Peringati Kevin Morais

Diterbitkan: Jumaat, 18 September 2015 7:45 PM

Anthony Kevin Morais.

(Ubah saiz teks)

IPOH: Sekumpulan pengamal undang-undang menghadiri upacara memperingati mendiang Timbalan Pendakwa Raya, Anthony Kevin Morais di Gereja Our Lady of Lourdes di Jalan Silibin dekat sini, Jumaat.

Antara yang hadir termasuk hakim, pesara hakim, peguam, timbalan pendakwa raya dan kakitangan mahkamah.

Upacara selama sejam itu menyaksikan orang ramai yang hadir meletakkan bunga dan menyalakan lilin di dalam gereja.

Kebanyakan yang hadir memuji Morais, 55, yang pernah berkhidmat bersama-sama mereka selama beberapa tahun ketika beliau ditugaskan di Perak.

Hakim Mahkamah Sesyen, Tan Hooi Leng berkata beliau dan kakitangannya merancang untuk mengadakan upacara sembahyang di gereja bagi mendoakan agar Kevin Morais pulang dengan selamat.

"Saya sentiasa memikirkan dia sedang menangis di suatu tempat, dengan harapan untuk ditemui, dan oleh itu adalah wajar untuk mengadakan upacara sembahyang dan kami merancang untuk melakukannya pada hari ini.

"Namun, pada Rabu, kami menerima berita menyedihkan," kata Tan yang mengenali Morais selama 20 tahun.

Mayatnya ditemui disumbat dalam tong dram dan kemudian disimen sebelum dibuang di dalam kawasan paya di Subang Jaya.

Polis menyifatkan kes pembunuhan Morais bermotifkan dendam dan berkait rapat dengan satu kes bicara yang dikendalikan Morais di Mahkamah Shah Alam, yang melibatkan kes rasuah seorang doktor berusia 52 tahun yang berkhidmat di sebuah hospital tentera di Wangsa Maju.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan