Tiga Buku Yang Mengelirukan Islam Diharamkan

Diterbitkan: Jumaat, 18 September 2015 8:45 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengharamkan tiga judul buku berunsur Islam kerana didapati mempunyai isi kandungan yang mengelirukan dan mungkin memudaratkan orang awam.

Buku berkenaan ialah 'Perukonan Romanise', 'Siri Pahlawan Islam Bilal Bin Rabah' dan 'Hadith Pilihan Shahih Bukhari'.

Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, Hashimah Nik Jaafar, berkata perintah larangan berkuat kuasa semalam mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Adalah menjadi satu kesalahan mengikut subseksyen 2 Seksyen 8 akta tersebut mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau memiliki buku-buku tersebut bagi apa jua maksud, kataanya dalam satu kenyataan.

'Perukonan Romanise' berbahasa Melayu adalah susunan Norain H. Muhammmad dan diterbitkan H. Hashim H. Abdullah.

'Siri Pahlawan Islam Bilal Bin Rabah' susunan Mohamad Fadhil Umar diterbit Buku Prima Sdn. Bhd., dan dicetak Dasar Cetak (M) Sdn. Bhd., dalam bahasa Melayu.

'Hadith Pilihan Shahih Bukhari' dalam bahasa Indonesia diterjemah Ust Labib MZ dan diterbit Bintang Usaha Jaya Surabaya.

Hashimah berkata mereka yang disabitkan melakukan kesalahan itu boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: KDN

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan