SOP Diperlukan Untuk Tingkat Keselamatan Pendakwa Raya

Diterbitkan: Jumaat, 18 September 2015 7:55 PM

Mayat Kevin Morais disumbat dalam tong dram dan kemudian disimen sebelum dibuang di kawasan paya di Subang Jaya.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) perlu merangka satu prosedur operasi standard (SOP) yang dapat mempertingkat tahap keselamatan pendakwa raya di negara ini.

Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye berkata pembunuhan kejam Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara Anthony Kevin Morais baru-baru ini perlu dijadikan iktibar supaya kejadian itu tidak berulang lagi.

"Sebagai permulaan, Jabatan Peguam Negara dan PDRM boleh menganjurkan taklimat atau kursus kepada anggota pendakwa raya mengenai keselamatan diri...mereka boleh mempelajari tindakan yang wajar dilakukan jika mendapati diri dalam bahaya selepas menerima ugutan," katanya.

Beliau diminta mengulas kes pembunuhan Kevin Morais yang mayatnya ditemui dalam tong konkrit di di Taman Perumahan USJ 1, Persiaran Subang Mewah pada Rabu.

Kevin Morais, 55, dilaporkan hilang pada 4 September lepas selepas meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta, Kuala Lumpur untuk ke pejabatnya di Putrajaya dengan memandu kereta Proton Perdana dengan nombor pendaftaran WA6264Q.

Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hasan pula berkata pendakwa raya harus melaporkan segera kepada pihak polis jika mengesan kejadian mencurigakan membabitkan diri mereka.

"Mungkin sesetengah pendakwa raya menganggap ugutan yang mereka terima tidak serius dan tidak melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa. Bagaimanapun, jenayah boleh berlaku pada bila-bila masa dan kepada sesiapa sahaja.

"Pendakwa raya boleh mendapatkan bantuan dan nasihat polis untuk melindungi diri...jangan berdiam diri," katanya.

Sehubungan itu, Musa berkata Jabatan Peguam Negara, PDRM dan semua pihak yang terbabit perlu berbincang untuk mencari langkah terbaik bagi memastikan keselamatan diri pendakwa raya sentiasa dipelihara kerana pekerjaan mereka berisiko tinggi. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: PDRM , SOP , Anthony Kevin Morais , pendakwa raya

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan