Pemaju Tidak Perlu Ghairah Bina Rumah Mewah - Abdul Rahman

Diterbitkan: Jumaat, 18 September 2015 10:17 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemaju perumahan perlu memberi penekanan kepada pembinaan rumah mampu milik buat rakyat daripada terlalu ghairah membangunkan projek berkonsep gaya hidup moden yang menjanjikan keuntungan lumayan.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata pembinaan rumah dengan spesifikasi moden dan mewah merupakan antara faktor harga rumah melambung tinggi.

"Iklan jualan perumahan sering menjanjikan kehidupan mewah dan canggih dengan fasiliti seperti kolam renang, gelanggang tenis, jakuzi, gimnasium serta landskap tasik yang cantik.

"Bayangkan kos yang terpaksa dibayar untuk 'gaya hidup' tersebut?, memandangkan harga jualan rumah sudah tentu mengambil kira kos pembinaan," katanya dalam satu kenyataan di sini Jumaat.

Abdul Rahman berkata majoriti rakyat mahukan rumah yang selesa dengan harga yang berpatutan untuk dimiliki, bukannya taman perumahan yang terlalu canggih dan mahal dengan gaya hidup Barat sehingga membebankan pembeli.

"Ini tidak bermaksud pemaju perlu mengetepikan permintaan terhadap rumah yang menjanjikan gaya hidup moden dan canggih, tetapi perlu mempertimbangkan keperluan majoriti rakyat dan bukan hanya melihat kepada keuntungan atau pelaburan semata-mata," tambah kenyataan itu.

Abdul Rahman berkata beliau berharap perumahan mampu milik akan menjadi antara agenda utama Bajet 2016 yang akan dibentangkan pada Oktober depan dan telah mengusulkan agar lebih banyak peruntukan diberikan bagi Projek Perumahan Rakyat (PPR), program My Home, Rumah Transit dan penyelenggaraan rumah kos rendah. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: rumah mewah , Abdul Rahman Dahlan

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan