Perhimpunan Baju Merah: Penganjur Sedia Bayar Kos Pembersihan RM50,000

Diterbitkan: Jumaat, 18 September 2015 12:19 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pihak penganjur 'Himpunan Rakyat Bersatu' sedia membayar kos pembersihan berjumlah RM50,000 bagi perhimpunan itu, yang diadakan di ibu negara, Rabu lalu.

Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka), Tan Sri Mohd Ali Rustam berkata pihaknya tidak mempunyai masalah untuk menanggung kos pembersihan itu.

"Sebelum penganjuran kami memang sedia maklum tentang perkara ini dan saya rasakan jumlah ini adalah munasabah," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mhd Amin Abd Aziz berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjumlahkan bil kos pembersihan sebanyak RM50,000 kepada penganjur Himpunan Rakyat Bersatu.

"Jumlah ini termasuk kos pembersihan daripada Alam Flora sebanyak RM38,000 dan pembersihan oleh DBKL pula RM12,000," katanya.

Mhd Amin berkata tiada kos kerosakan yang dikenakan dan bil ini dijangka akan diserahkan kepada penganjur dalam masa seminggu.

Pengerusi Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu Datuk Jamal Md Yunos juga menyatakan hasratnya untuk turut sama memikul tanggungjawab bagi membayar kos pembersihan tersebut.

"Kami bersikap profesional dan tidak akan lari daripada tanggungjawab dan kami tidak mempunyai masalah dan isu untuk membayarnya," katanya.

Berlangsung di Padang Merbok, di sini, himpunan yang diterajui Pesaka itu dianjurkan sebagai tindak balas membantah perhimpunan Bersih 4 di kawasan sekitar Dataran Merdeka pada 29 dan 30 Ogos lepas.

Awal bulan ini, DBKL menghantar bil kos pembersihan kepada penganjur perhimpunan Bersih 4 sebanyak RM65,000 dan akan menghantar bil tuntutan penugasan dan kerosakan berjumlah RM61,840 pada hujung bulan ini.

Tags / Kata Kunci: Baju Merah , DBKL

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan