Mat Sabu Sedia Jumpa Hadi

Diterbitkan: Jumaat, 18 September 2015 9:40 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Parti Amanah Negara (Amanah) sedia bersemuka dengan PAS dalam sidang meja bulat bagi membincangkan mengenai pembentukan pakatan pembangkang baharu bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Jika semua pemimpin utama pembangkang hadir, ia akan menjadi pertemuan pertama antara PAS-DAP-PKR bersama parti serpihan PAS itu.

Presiden penaja Amanah, Mohamad Sabu berkata pihaknya menyedari mengenai keperluan penubuhan pakatan pembangkang baharu untuk menentang Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya akan datang.

"Apabila kita memilih cara demokrasi dan pilihan raya untuk memperoleh kuasa atau menambah kekuatan di Dewan Undangan Negeri atau Parlimen, maka tidak ada jalan lain melainkan mengadakan pakatan politik dengan parti-parti lain.

"Untuk berhadapan dengan BN, parti-parti politik yang lain tidak boleh bersendirian," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Pada Khamis, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyatakan sidang meja bulat antara pimpinan parti pembangkang akan diadakan pada Selasa depan.

Menurut Dr Wan Azizah yang juga Presiden PKR, sidang meja bulat itu merupakan inisiatif beliau ke arah pembentukan sebuah gabungan pembangkang baharu selepas Pakatan Rakyat berpecah.

Selain Mohamad, pimpinan pembangkang lain yang turut dijemput ialah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.

Bagaimanapun hingga kini Hadi dan Lim belum memberi jawapan berhubung petemuan berkenaan.

Tags / Kata Kunci: Mohamad Sabu , Parti Amanah Negara , PAS , PKR , DAP

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan