Operasi Kereta Sapu Sukar Dibendung Kerana Sikap Pengguna

Diterbitkan: Jumaat, 18 September 2015 10:35 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Operasi membanteras kereta sapu di negara ini sukar untuk dilaksanakan berikutan sikap pengguna yang tidak kisah menggunakan perkhidmatan berkenaan.

Ketua Jabatan Penguatkuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata lebih serius, perkhidmatan kereta sapu mendapat permintaan menggalakkan khususnya di tempat-tempat pelancongan.

"Di Johor Baharu sahaja umpamanya, kenderaan sapu boleh didapati di setiap pelosok termasuk Mersing.

"Perkhidmatannya juga bukan hanya terdiri daripada kereta jenis Perodua Myvi malah melibatkan kereta mewah seperti BMW dan Mercedez," katanya dalam sidang media selepas ops membanteras kereta sapu, di sini malam tadi.

Menurut Che Hasni, sekalipun bayaran dikenakan lebih mahal daripada perkhidmatan kereta sewa berlesen, pengguna masih tetap memilih menggunakan perkhidmatan kereta sapu.

"Ini yang menyukarkan usaha kita, sebab itu SPAD meminta orang ramai menggunakan perkhidmatan yang sah," tegasnya.

Sejak Oktober tahun lepas, SPAD dilapor merekodkan hampir 450 kes berkenaan kereta sapu atau kenderaan persendirian yang menawarkan perkhidmatan sewaan tanpa permit di Semenanjung.

Bagi Johor, sebanyak 93 kenderaan ditahan kerana melakukan kesalahan, katanya.

"Selain itu, sejak Oktober tahun lepas SPAD juga bertindak menyita sebanyak 130 kenderaan, 13 (didenda mahkamah), 96 (akan dipohon untuk dilucut hak pemilikan kenderaan) dan 49 lagi kes sedang dibawa ke mahkamah untuk proses pendakwaan," katanya.

Beliau mengingatkan, mana-mana individu boleh dikenakan denda maksimum RM10,000 atau dipenjara setahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 16 Akta Pengangkutan Darat.

Bagi kenderaan yang dimiliki syarikat, pengusaha boleh didenda maksimum RM100,000 jika sabit kesalahan di bawah akta sama, katanya.

Tags / Kata Kunci: SPAD , Kereta Sapu

iklan

Video

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Rabu, 19 Julai 2017 5:00 PM

Sauk Jangan Tak Sauk...

Rabu, 19 Julai 2017 3:27 PM

Beraksi 'Ghairah'? OK Je Kalau...

Rabu, 19 Julai 2017 1:20 PM

Ulat Buku Naik Superbike

Kolumnis

iklan

Iklan