Keputusan Ujian DNA Morais Dalam Masa 2 Minggu

Diterbitkan: Jumaat, 18 September 2015 2:38 PM

Ketulan simen konkrit yang masih mempunyai kesan darah dipercayai diletakan bersama mayat Kevin Morais di dalam sebuah tong yang dijumpai oleh anggota Polis di sebuah paya di Subang Mewah USJ 1. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas mayat yang ditemui dalam tong dram berisi konkrit di Subang, Selangor yang dipercayai Anthony Kevin Morais, akan diketahui dalam masa dua minggu.

Adik Morais, Datuk Richard Morais berkata beliau dimaklumkan mengenai perkara itu oleh Institut Forensik Nasional di Hospital Kuala Lumpur, pada pagi Jumaat.

Richard dan abangnya, David menjalani ujian DNA di institut itu pada pukul 8.15 pagi.

Pada masa sama, Richard mengesahkan kepada Bernama, tiada upacara pengebumian akan diadakan untuk Morais yang juga Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, sehingga keputusan ujian DNA itu diketahui.

"Kita mungkin tak tanam, sebab keadaan mayat macam itu, jadi kita kena bakar, tapi tak tahu lagi di mana, sebab sekarang masih terlalu awal untuk buat keputusan," katanya.

Sementara itu, sumber hospital menjelaskan tempoh dua minggu itu adalah purata waktu yang diberikan untuk keputusan ujian DNA.

"Keputusan mungkin diperoleh lebih awal daripada itu, ia boleh ambil masa hanya sehari," katanya.

Mayat Kevin Morais ditemui disumbatkan dalam tong dram berisi konkrit di Subang Jaya, dekat sini Rabu lepas selepas seorang daripada tujuh suspek membawa polis ke lokasi di Taman Perumahan USJ 1, Persiaran Subang Mewah.

Kevin Morais, 55, dilaporkan hilang pada 4 Sept selepas kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta, Kuala Lumpur untuk ke pejabatnya di Putrajaya dengan menaiki kereta Proton Perdana dengan nombor pendaftaran WA6264Q.

Tags / Kata Kunci: Anthony Kevin Morais

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan