Jerebu Semakin Reda, Pembenihan Awan Tidak Perlu Dilakukan

Diterbitkan: Jumaat, 18 September 2015 4:18 PM

Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pembenihan awan tidak perlu dilakukan memandangkan keadaan jerebu di negara ini semakin reda, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata tahap jerebu berkurangan berikutan perubahan tiupan angin di rantau ini yang bertukar dari barat daya ke timur bermula semalam dan dijangka berlarutan sehingga Isnin.

"Dengan perubahan tiupan angin, kualiti udara di beberapa kawasan di seluruh negara bertambah baik," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas mengenai jerebu di Wisma Sumber Asli di sini, Jumaat.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Dr Zulkifli Abdul Rahman.

Wan Junaidi berkata bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada 8 pagi ini menurun ke paras sederhana (di bawah 100) di kebanyakan kawasan kecuali di Manjung (Perak), Kuching, Samarahan dan Sri Aman (Sarawak), Seberang Jaya (Pulau Pinang).

Beliau menjelaskan pembenihan awan hanya dilakukan apabila IPU mencecah 150 dan berlarutan selama 72 jam.

"Daripada data (semasa), kita tidak perlu lakukan pembenihan awan. Tetapi terserah kepada MKN (Majlis Keselamatan Negara untuk putuskan jika ada keperluan)," katanya.

Operasi pembenihan awan di Semenanjung Malaysia yang dilakukan pada Selasa hingga Khamis melibatkan Jabatan Meteorologi Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Wan Junaidi berkata operasi pembenihan awan di Sarawak bagaimanapun tidak dapat dilaksanakan mengikut jadual berikutan keadaan atmosfera kering dan stabil, yang tidak menggalakkan pertumbuhan awan.

Keadaan jerebu di seluruh negara dijangka reda selepas berakhirnya musim Monsun Barat Daya pada pertengahan bulan ini, diikuti Musim Peralihan Monsun sehingga November ini, katanya.

Semasa Musim Peralihan Monsun, negara akan mengalami keadaan yang lebih lembap berbanding sekarang terutamanya di negeri-negeri Pantai Barat Semenanjung dan Barat Sabah.

"Kita mungkin berdepan dengan banjir kilat di beberapa tempat di seluruh negara. Kini, banjir berlaku di bahagian utara Semenanjung. Ini akan berlaku dari sekarang hingga Oktober, katanya.

Mengenai perbincangan dengan rakan sejawatnya di Indonesia bagi mencari penyelesaian kepada masalah jerebu yang melanda kedua-dua negara, Wan Junaidi berkata mesyuarat itu, yang dijadualkan pada 25 September ini, sekali lagi ditangguhkan atas permintaan kerajaan Indonesia.

Menurutnya mesyuarat itu turut melibatkan rundingan bagi mempercepat proses memuktamadkan perjanjian persefahaman (MoU) dua hala mengenai program pencegahan pencemaran jerebu merentas sempadan antara Malaysia dan Indonesia.

Beliau berkata penangguhan itu dibuat berikutan Menteri Alam Sekitar dan Kehutanan Indonesia Siti Nurbaya Bakar perlu menangani keadaan darurat akibat  jerebu di Sumatera dan Kalimantan.

Dalam pada itu, Wan Junaidi menyelar pihak yang menyalahkan Malaysia dan meminta kerajaan bertanggungjawab kerana syarikat-syarikat Malaysia melakukan pembakaran hutan di Indonesia sehingga menyebabkan jerebu di rantau ini.

Anda tidak boleh menyalahkan Malaysia atau kementerian...salahkan syarikat atau individu yang berkenaan (berhubung masalah jerebu)," katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata pihak berkuasa Indonesia harus membuat siasatan dan mengambil tindakan tegas terhadap syarikat yang melakukan pembakaran itu berdasarkan undang-undang republik berkenaan tanpa mengira sama ada ia syarikat Malaysia atau Indonesia.

Tags / Kata Kunci: jerebu , Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan