Hormati Pemimpin Kini & Dahulu - Muhyiddin

Diterbitkan: Jumaat, 18 September 2015 5:37 PM

Muhyiddin Yassin (tiga,kanan) diiringi oleh Ketua MCA Pagoh Datuk Lim Pay Hen (kanan) disambut mesra oleh penduduk berbangsa Cina pada majlis mesra bersama masyarakat Tionghoa Parlimen Pagoh di Dewan Tokong Poh Ling Dian pada Jumaat. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

LEDANG: Generasi muda seharusnya tidak melupakan nilai 'menghargai dan menghormati' pemimpin kini dan terdahulu dalam memastikan negara terus berada di hadapan berbanding negara lain.

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sekiranya tiada nilai itu, ia menunjukkan seolah-olah anak muda tidak pandai berterima kasih kepada kerajaan dan tidak menghargai pengorbanan yang telah dilakukan oleh pemimpin.

"Sekiranya tiada mereka (pemimpin terdahulu), negara tidak akan membangun seperti sekarang, sebab itu kita sebagai anak muda perlu menghormati dan menghargai mereka yang menyumbangkan bakti buat negara," kata beliau ketika merasmikan majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Membara anjuran Umno Bahagian Pagoh di Dewan Geliga, Grisek, di sini Jumaat.

Selain itu, Anggota Parlimen Pagoh itu turut berkata rakyat seharusnya bijak menilai sebelum menyertai mana-mana perhimpunan kerana ada kalanya ia dibayangi agenda tertentu dan menjadikan ia seolah-olah platform untuk menyuarakan keinginan rakyat.

"Sebab itu penting untuk kita sekarang menghubungkan kerjasama dan perpaduan dalam rakyat agar mereka boleh berganding bahu bagi memajukan negara," kata bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Sementara itu, ketika merasmikan Majlis Perjumpaan Bersama Masyarakat Tiong Hua di Dewan Tokong Poh Ling Dian di Pagoh, Muhyiddin sekali lagi menegaskan kepentingan persefahaman kaum. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Muhyiddin Yassin , Umno

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan