BR1M Peringkat Akhir Dibayar Mulai 21 September

Diterbitkan: Jumaat, 18 September 2015 2:50 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pembayaran peringkat akhir Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2015 yang dijadual pada akhir September ini dipercepatkan mulai 21 September sempena sambutan Aidiladha.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata dengan keputusan itu ia diharap dapat membantu rakyat membeli barangan keperluan dan persiapan menjelang perayaan itu pada 24 September.

Beliau berkata pembayaran BR1M akan dikreditkan terus ke akaun penerima masing-masing.

"Bagi mereka yang tiada nombor akaun, surat kelulusan akan diposkan terus ke alamat penerima dan seterusnya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan BSN, Maybank, CIMB dan Public Bank yang berhampiran," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Untuk maklumat lanjut, penerima boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 atau e-mel kepada br1m@treasury.gov.my.

Melalui pengumuman Bajet 2015, pemberian BR1M pada tahun ini diagihkan kepada tiga peringkat dengan peringkat pertama pada 15 Jan dan peringkat kedua pada 28 Mei.

Tags / Kata Kunci: BR1M

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan