Jerebu: 221 Pelajar Dipindahkan Dari Sumatera

Diterbitkan: Jumaat, 18 September 2015 10:30 PM

Seramai 221 pelajar tiba di pangkalan TUDM malam Jumaat.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seramai 221 pelajar Malaysia dipindahkan dari Pekan Baru, Indonesia berikutan keadaan jerebu yang teruk di Sumatera.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata kerajaan memutuskan untuk memindahkan pelajar tersebut apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) meningkat pada bacaan 980, 14 September lalu.

Kualiti udara dengan bacaan IPU 300 dikategorikan sebagai sangat tidak sihat.

"Ia adalah proses pemindahan biasa dalam keadaan sedemikian. Kami gembira bahawa ia berjalan lancar dan kerajaan Indonesia memberikan kerjasama yang baik," kata Reezal selepas menyambut pelajar tersebut di pangkalan udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada Jumaat.

Reezal berkata tiada laporan penyakit serius di kalangan pelajar tersebut.

"Setakat ini, tidak ada mana-mana kes penyakit akibat jerebu. Semua pelajar kelihatan berada dalam keadaan baik," katanya.

Kumpulan pertama seramai 120 pelajar dari Universiti Islam Negeri Sultan Syarif Kasim dan Pondok Pasentren Al Baidha tiba pada Khamis.

Kementerian tersebut turut menyediakan perkhidmatan bas ke Kuala Lumpur Sentral, TBS dan Pudu Raya untuk memudahkan pelajar menaiki bas ke kampung halaman masing-masing.

Tags / Kata Kunci: jerebu , Sumatera

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan