Solat Hajat Di Semua Masjid, Surau Selepas Solat Jumaat Esok - Berita Semasa | mStar

Solat Hajat Di Semua Masjid, Surau Selepas Solat Jumaat Esok

Diterbitkan: Khamis, 17 September 2015 10:00 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Semua masjid dan surau di seluruh negara diarah mengadakan solat sunat hajat selepas solat Jumaat esok, bagi memohon agar masalah jerebu dapat diatasi.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Othman Mustapha berkata keputusan untuk mengadakan solat hajat itu diambil, setelah masalah jerebu di negara ini masih berterusan.

"Jakim meminta kerjasama semua pihak berkuasa agama negeri supaya masjid dan surau di negeri masing-masing mengadakan solat hajat bagi memulihkan keadaan ini.

"Kita sama-sama memanjatkan doa ke hadrat Ilahi agar masalah jerebu akan selesai dalam tempoh terdekat dan masyarakat boleh menjalankan aktiviti harian dengan lebih lancar dan sempurna," katanya dalam kenyataan di sini Khamis.
Tags / Kata Kunci: Datuk Othman Mustapha , Jakim , jerebu , solat hajat
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan