Usaha Pelbagai Hala Untuk Negara Terus Bergerak Ke Hadapan

Diterbitkan: Khamis, 17 September 2015 8:40 PM

Tan Sri Rafidah Aziz

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Usaha pelbagai hala oleh semua rakyat Malaysia diperlukan untuk memastikan negara terus bergerak ke hadapan, kata bekas menteri kabinet Tan Sri Rafidah Aziz.

Panggilan itu dibuat selepas dua perhimpunan jalanan besar-besaran diadakan di ibu negara dalam tempoh 20 hari lepas oleh Bersih dan Himpunan Rakyat Bersatu di mana penyokong kedua-dua belah pihak dibenarkan untuk menyuarakan masalah dan melepaskan 'geram' mereka.

"Sekarang semua orang dapat melepaskan apa sahaja rasa jengkel mereka dan dapat menghilangkan apa sahaja rasa 'geram' yang mungkin dirasai mereka, bukankah sudah sampai masanya untuk kita semua mengumpulkan idea dan berfikir bersama-sama untuk bergerak ke hadapan sebagai rakyat Malaysia?" kata bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri  dalam posting Facebook terbaru beliau.

Beliau berkata sebarang usaha perlu dibuat melalui pelbagai hala dan secara kolektif oleh semua rakyat Malaysia bagi memastikan negara bukan sahaja mencapai matlamat 2020 tetapi lebih dari itu.

Rafidah menyenaraikan empat sektor utama masyarakat dan rakyat Malaysia secara umum boleh memainkan peranan dalam membantu negara bergerak ke hadapan.

Kerajaan, katanya, mesti meletakkan usaha serius dalam menjana pemimpin-pemimpin politik dan ketua-ketua masyarakat mengenai keperluan untuk mengutamakan keharmonian negara secara bersungguh dan tidak melalui slogan semata-mata.

"Kita tidak boleh membenarkan politik sempit menentukan keutamaan negara dan menjejaskan kepentingan semua," katanya, sambil menambah kerajaan perlu mentadbir hanya untuk kepentingan rakyat dan negara.

Tambahnya, organisasi sosial perlu terus membuka segala halangan sosial dan lain-lain untuk menjalin rasa 'bangga dan kesatuan nasional'.

Dalam sektor swasta, Rafidah menyatakan bahawa mereka merupakan pemacu dan pemangkin pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Bagi anak muda di negara ini, beliau berkata mereka mesti merasai semangat kekitaan dan berbangga dengan negara.

"Bukan semua yang anda lihat yang dilakukan adalah betul tetapi belia mempunyai masa untuk membetulkan keadaan, belajar daripada kesilapan lalu dan tidak mengulanginya," katanya sambil menyatakan mereka bebas untuk mengkritik tetapi tidak menambah masalah.

Rafidah juga berkata, rakyat Malaysia perlu melihat satu sama lain sebagai rakyat Malaysia.
Tags / Kata Kunci: Tan Sri Rafidah Aziz , Wawasan 2020

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan