Kerajaan Pantau Banjir Di Perlis Dan Kedah - PM

Diterbitkan: Khamis, 17 September 2015 9:30 PM

Datuk Seri Najib Tun Razak

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan memantau keadaan banjir di Perlis dan Kedah, serta menghulurkan bantuan serta merta kepada mereka yang terjejas di kedua-dua negeri itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kanak-kanak dan mereka yang berada di kawasan berisiko tinggi juga akan dipindahkan serta mereta.

"Saya ambil maklum mengenai keadaan di Kedah dan Perlis yang dilanda banjir kilat, dan berdoa semua di sana berada dalam keadaan selamat.

"Kerajaan akan memantau keadaan ini dan hulurkan bantuan dengan serta merta kepada mereka yang terjejas, terutamanya kanak-kanak dan mereka di kawasan berisiko tinggi yang perlu dipindahkan serta merta," katanya dalam status terbaru laman Facebook beliau malam Khamis.

Hujan lebat sejak tiga hari lepas menyebabkan banjir di beberapa kawasan di Perlis dan setakat ini, seramai 50 orang dari 12 keluarga telah dipindahkan ke pusat pemindahan.

Selain itu, lebih 1,000 penduduk dari lapan buah kampung di Changlun, Kedah terjejas akibat banjir berikutan hujan lebat sejak dua hari lepas.
Tags / Kata Kunci: banjir , Datuk Seri Najib Tun Razak

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan