Lawatan Penjara Sempena Aidiladha 25, 26 September

Diterbitkan: Khamis, 17 September 2015 1:05 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Penjara menetapkan 25 dan 26 September ini sebagai tarikh lawatan keluarga penghuni sempena sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini. 

Menurut Timbalan Pengarah Dasar Kepenjaraan Jabatan Penjara, Supri Hashim, tarikh itu ditetapkan bagi semua institusi penjara, pusat pemulihan akhlak dan Sekolah Henry Gurney, dengan semua lawatan di institusi penjara ditutup pada hari pertama perayaan.

"Keutamaan lawatan pada hari berkenaan diberi kepada penghuni yang beragama Islam dan Jabatan Penjara memohon kerjasama pelawat supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan iaitu waktu lawatan yang bermula dari 8.15 pagi hingga 4.15 petang," katanya dalam satu kenyataan di sini, Khamis.

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 24 September ini.

Supri juga berkata, pelawat diminta membawa kad lawatan serta kad pengenalan bagi memudahkan urusan dan mereka dilarang membawa makanan dari luar.

Beliau juga berkata, pelawat tidak digalakkan memberi wang kepada penghuni memandangkan semua kemudahan asas telah disediakan oleh Jabatan Penjara.

"Sekiranya pelawat ingin memberi wang kepada penghuni atas urusan tertentu, misalnya untuk bayaran yuran peperiksaan, mereka diminta mendapatkan resit rasmi sebagai akuan penerimaan," katanya.

Katanya, pihak penjara juga berhak membuat pemeriksaan fizikal ketika pelawat masuk dan keluar penjara tertakluk kepada Akta dan Peraturan Penjara.

Tags / Kata Kunci: Jabatan Penjara , Supri Hashim

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan