Jamal Sangkal Dakwaan Najib Beri Cek RM3 Juta

Diterbitkan: Khamis, 17 September 2015 11:20 PM

Datuk Jamal Yunus

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Dakwaan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberikan cek RM3 juta kepada penganjur perhimpunan baju merah adalah tidak benar, kata Datuk Jamal Yunus.

Presiden Gabungan NGO Melayu Malaysia itu berkata, pihak tidak bertanggungjawab telah menyebarkan pembohongan itu.

"Saya ingin menegaskan bahawa Himpunan Rakyat Bersatu tidak ada kena mengena dengan Perdana Menteri dan kami tidak menerima apa-apa peruntukan daripada beliau atau Kerajaan untuk mengadakan perhimpunan," kata Jamal dalam satu kenyataan Khamis.

Beliau, bagaimanapun, mempersendakan pemimpin DAP Lim Guan Eng dengan berkata Ketua Menteri Pulau Pinang mungkin boleh membayar RM30 juta untuk mengelakkan perhimpunan yang sama yang diadakan di negeri itu.

Kira-kira 50,000 orang menghadiri perhimpunan baju merah di Kuala Lumpur pada Rabu untuk menunjukkan bantahan mereka terhadap Bersih 4 dan DAP.


Tags / Kata Kunci: Datuk Jamal Yunus , baju merah , cek RM3 juta

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan