Kuching, Samarahan Masih Catat IPU Sangat Tidak Sihat

Diterbitkan: Khamis, 17 September 2015 3:07 PM

Ibubapa membawa pulang anak-anak mereka dari Sekolah Kebangsaan St Joseph, Khamis, selepas Jabatan Pendidikan Sarawak mengeluarkan arahan menutup sekolah di Kuching, Samarahan, Padawan, Lundu dan Bau berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) menghampiri paras tidak sihat. Foto BERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Kuching dan Samarahan, Sarawak mencatatkan penurunan namun masih berada dalam keadaan sangat tidak sihat setakat 1 tengah hari Khamis.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU di Kuching menurun kepada 203 daripada 209 dalam tempoh tiga jam.

Samarahan turut mencatat penurunan bacaan kepada 204 berbanding 207 pada pukul 10 pagi.

Sementara itu, 12 lagi kawasan masih mencatat bacaan tidak sihat dengan IPU antara 101 hingga 200 namun terdapat penurunan pada bacaan IPU di kawasan terbabit kecuali Port Dickson dan Sri Aman, Sarawak.

Bacaan IPU di Port Dickson 111 meningkat daripada 109 sebelumnya manakala Sri Aman 136 daripada 129.

Kawasan lain yang mencatatkan bacaan penurunan IPU tidak sihat ialah Bandaraya Melaka 113 daripada 120, Bukit Rambai 119 daripada 124, Nilai 105 daripada 107, Seremban 111 daripada 114, Kapit 132 daripada 135, Sarikei 109 daripada 111, Sibu 102 daripada 105, Banting 113 daripada 114 dan Putrajaya 103 daripada 105.

Bacaan IPU tidak sihat di Shah Alam kekal pada 105.  

Sebanyak 25 lagi kawasan pula mencatat bacaan IPU sederhana setakat tengah hari Khamis iaitu Kota Tinggi, Larkin Lama, Muar dan Pasir Gudang di Johor; Balok Baru, Indera Mahkota dan Jerantut di Pahang; Seri Manjung di Perak; Keningau, Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau di Sabah; Bintulu, ILP Miri, Limbang dan Miri di Sarawak; Kuala Selangor, Pelabuhan Klang dan Petaling Jaya di Selangor; Kemaman, Kuala Terengganu dan Paka di Terengganu; Batu Muda dan Cheras di Kuala Lumpur serta Labuan.

IPU antara 0 dan 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan 300 ke atas berbahaya.

Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

Tags / Kata Kunci: jerebu , IPU

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan