Bil Pembersihan: DBKL Kata RM50,000, Menteri Kata RM38,000

Diterbitkan: Khamis, 17 September 2015 4:30 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bil pembersihan yang dianggarkan sejumlah RM50,000 akan dikeluarkan kepada penganjur Himpunan Rakyat Bersatu dalam tempoh seminggu.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Amin Nordin Abdul Aziz berkata, beliau menunggu Alam Flora untuk mengemukakan laporan itu.

"Alam Flora akan melakukan kiraan kos.

"Caj yang dikenakan hanya untuk kerja-kerja pembersihan. Ia tidak melibatkan kerosakan," katanya.

Jurucakap Alam Flora berkata mereka sedang melakukan penyemakan laporan dan akan menyerahkannya kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebelum pukul 5 petang Khamis.

Walau bagaimanapun, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Rahman Dahlan menulis di Twitter bahawa pihak penganjur bakal menerima bil berjumlah RM38,000.

"Saya baru sahaja mendapat pengesahan daripada Alam Flora bahawa bil pembersihan untuk himpunan baju merah adalah RM38k. Bil akan dihantar kepada penganjur himpunan baju merah," katanya di Twitter.

Perhimpunan anjuran Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka) pada Rabu di Padang Merbok, menyaksikan ribuan penyokong berarak masuk dari Masjid Negara, Pusat Dagangan Dunia Putra dan sekitarnya.
Tags / Kata Kunci: baju merah , bil pembersihan , DBKL , Alam Flora

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan