"Kami 'Gentlemen', Sedia Bayar Bil Pembersihan"- Penganjur - Berita Semasa | mStar

"Kami 'Gentlemen', Sedia Bayar Bil Pembersihan"- Penganjur

Diterbitkan: Khamis, 17 September 2015 6:45 PM

Datuk Jamal Yunus

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penganjur Himpunan Rakyat Bersatu bersikap 'gentlemen' dan akan membayar bil pembersihan, kata Presiden Gabungan NGO Melayu Malaysia, Datuk Jamal Yunus.

Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka) telah berbincang dengan Majlis Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan bersetuju untuk membayar bil berkaitan perhimpunan pada Rabu.

"Kita bukan seperti Bersih. Kita 'gentlemen'. Jika ada bil, kita akan membayarnya.


"Oleh itu, DBKL tidak perlu bimbang," kata Jamal.

Bil pembersihan dianggarkan sebanyak RM50,000 akan dikeluarkan dalam masa seminggu.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Amin Nordin Abdul Aziz berkata, beliau sedang menunggu Alam Flora untuk mengemukakan laporannya.

Bagaimanapun, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Rahman Dahlan menulis di Twitter bahawa pihak penganjur bakal menerima bil berjumlah RM38,000.

"Saya baru sahaja mendapat pengesahan daripada Alam Flora bahawa bil pembersihan untuk himpunan baju merah adalah RM38k. Bil akan dihantar kepada penganjur himpunan baju merah," katanya di Twitter.

Perhimpunan anjuran Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka) pada Rabu di Padang Merbok, menyaksikan ribuan penyokong berarak masuk dari Masjid Negara, Pusat Dagangan Dunia Putra dan sekitarnya.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Isnin, 11 Jun 2018 8:00 AM

Ramadan anak Chow Kit

Kolumnis

iklan

Iklan