Soalan Provokasi Sebabkan Wakil Media Dihalau

Diterbitkan: Rabu, 16 September 2015 2:02 PM

Dua wakil media diminta beredar dari Jalan Conlay selepas bertanyakan soalan bersifat provokatif kepada peserta perhimpunan, Rabu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua wakil media Astro AEC dihalau dari Jalan Conlay di sini selepas dikatakan bertanyakan soalan bersifat provokatif.

Kekecohan berlaku apabila mereka meminta penyokong baju merah itu menyatakan contoh bagaimana hak Melayu digugat.

"Apakah antara contoh Melayu dicemuh? Apa pula kekuatan kaum Melayu?" antara soalan yang dikemukakan kepada peserta perhimpuan itu.

Peserta itu menjawab soalan itu, bagaimanapun wartawan berkenaan dilihat tidak puas dengan jawapan yang diberikan.

Keadaan itu menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan peserta perhimpunan itu memaklumkan kepada polis yang berkawal berdekatan meminta supaya tindakan diambil terhadap kedua-dua wakil media itu.

Tags / Kata Kunci: Astro AEC , Jalan Conlay

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan