Najib Minta Polis Siasat Insiden Kekecohan Di Petaling Street

Diterbitkan: Rabu, 16 September 2015 9:13 PM

Najib Tun Razak.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata polis perlu menyiasat insiden kekecohan di hadapan pintu gerbang Jalan Petaling di sini yang berlaku di luar perhimpunan 'Baju Merah' di sini Rabu.

Perdana Menteri, bagaimanapun berkata perhimpunan yang dikenali sebagai Himpunan Rakyat Bersatu di Padang Merbok di sini, berjalan secara aman.

"Saya dimaklumkan bahawa perhimpunan di KL berakhir secara aman kecuali insiden itu. PDRM (polis) perlu menyiasat," katanya dalam akaun Twitternya pada Rabu.

Ketika perhimpunan berjalan lancar di padang Merbok, sekumpulan pserta yang didakwa daripada perhimpunan itu dikatakan cuba merempuh kawasan perniagaan di Jalan Petaling sehingga pasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa melepaskan tembakan meriam air bagi menyuraikan mereka.

Perdana Menteri, yang menyifatkan insiden kekecohan itu tidak sepatutnya berlaku, berkata semua peserta perlu mematuhi arahan daripada pihak berkuasa.

Penganjur perhimpunan, yang diketuai oleh Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka), bagaimanapun, tidak mahu berkait dengan kumpulan itu.

Perhimpunan itu dianjurkan sebagai reaksi terhadap perhimpunan BERSIH 4 di kawasan sekitar Dataran Merdeka di sini pada 29 dan 30 Ogos lepas.
Tags / Kata Kunci: Najib Tun Razak , Petaling Street

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan