Sekumpulan Individu Berkumpul Sambut Hari Malaysia Di KLCC Park

Diterbitkan: Rabu, 16 September 2015 5:04 PM

Sekumpulan individu yang berkumpul di KLCC Park untuk meraikan Hari Malaysia. Turut hadir Marina Mahathir (kanan).

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Walaupun Himpunan Rakyat Bersatu sedang berlangsung di ibu negara pada Rabu, sekumpulan rakyat Malaysia memilih untuk melakukan sesuatu yang berbeza dengan mengadakan majlis santai sempena sambutan Hari Malaysia.

Majlis itu menyaksikan seramai 15 peserta dari pelbagai lapisan masyarakat berkumpul di KLCC Park di sini untuk menikmati makanan bersama-sama sambil beramah-mesra.

Wakil kumpulan itu, Azrul Mohd Khalib berkata majlis tersebut diadakan untuk meraikan kepelbagaian rakyat di negara ini sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September.

"Menjerit untuk menghina kaum lain dan menyifatkan satu kaum lebih baik berbanding kaum yang lain, bukan cara kami.

"Kami menghormati hak mereka yang menyertai perhimpunan "baju merah" hari ini, tetapi kami ada hak untuk meraikan Hari Malaysia," katanya.

Turut hadir pada perhimpunan itu adalah aktivis sosial Datin Paduka Marina Mahathir yang memuji penganjur acara tersebut kerana menonjolkan sisi positif rakyat Malaysia.

"Malaysia adalah milik kita semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.

"Pada majlis ini, kami hanya duduk bersantai dan beramah-mesra antara satu sama lain.

"Saya juga merakamkan penghargaan kepada sesiapa sahaja yang mengadakan acara positif pada hari ini untuk menyambut Hari Malaysia dengan cara yang positif," katanya.

Peserta yang hadir membawa pelbagai jenis makanan dan minuman yang terdiri daripada sandwic, keropok lekor dan makanan segera.


Tags / Kata Kunci: KLCC Park , Hari Malaysia

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan