Peserta Perhimpunan Rempuh Halangan Polis

Diterbitkan: Rabu, 16 September 2015 2:33 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Peserta perhimpunan di Jalan Petaling dan Pavilion di sini cuba merempuh halangan yang dibentuk pasukan polis.

Di Pavilion, sekumpulan peserta yang mahu memasuki kawasan Bukit Bintang terutama Pavilion tetapi dihalang polis.

Polis mengepung kawasan itu tetapi peserta himpunan cuba merempuh dengan menjerit "buka buka", malahan ada yang berjaya melepasi halangan itu.

Susulan itu, polis sedang berbincang dengan peserta himpunan baju merah untuk menetapkan laluan baru untuk mereka berarak.

Di Jalan Petaling pula, polis dapat mengawal keadaan bagi mengelak peserta perhimpunan itu berarak di situ, bagaimanapun mereka yang kembali ke lokasi pada pukul 1.40 petang dan cuba mendapatkan kebenaran polis.

Polis meminta mereka bersabar tetapi ada di kalangan peserta yang berteriak "masuk masuk" dan "hidup Melayu".

"Kenapa kami tidak boleh masuk Petaling Street. Kami Mahu. Ia hak Melayu," kata peserta perhimpunan itu lagi.

Kelihatan Rela juga dipanggil untuk membantu polis mengawal keadaan.

Tags / Kata Kunci: Jalan Petaling , Pavilion , perhimpunan

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan