Perhimpunan Di Padang Merbok Tamat

Diterbitkan: Rabu, 16 September 2015 6:41 PM

Kelihatan ribuan peserta Himpunan Rakyat Bersatu berhimpun dan menyatakan sokongan terhadap kerajaan demi menegakkan maruah bangsa melayu,agama dan bangsa di Padang Merbok di sini, Rabu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Himpunan Rakyat Bersatu yang berlangsung di Padang Merbok di sini tamat tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Peserta perhimpunan itu mula bersurai pada kira-kira pukul 5.30 petang, Rabu apabila penganjur membacakan 14 resolusi.

Antara resolusi yang dirangka adalah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atau undang-undang seumpama perlu diwujudkan semula, mempertahankan kestabilan negara dan Rukun Negara menentang unsur perkauman serta politik berpihak dan menolak pembabitan warga asing dalam menguruskan negara ini.

Ribuan peserta baju merah berkumpul di Padang Merbok untuk mendengar ucapan pemimpin yang hadir.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan