Objektif Himpunan Rakyat Bersatu Masih Tidak Jelas - Dr M

Diterbitkan: Rabu, 16 September 2015 9:08 PM

Dr Mahathir Mohamad.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan beliau masih tidak jelas mengenai objektif Himpunan Rakyat Bersatu.

Beliau berkata adalah tidak munasabah untuk memberi komen mengenai perhimpunan baju merah pada Rabu di Kuala Lumpur kerana objektif peserta masih tidak jelas.

"Kami tidak tahu apa objektif perhimpunan itu," kata bekas perdana menteri pada sidang media di Cyberjaya.

Pada Selasa, Dr Mahathir menggesa penganjur perhimpunan tersebut untuk membatalkan acara itu kerana mereka tidak berjuang untuk orang Melayu.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, pihak penganjur memberi gambaran bahawa perhimpunan Bersih baru-baru ini sebagai bersifat perkauman untuk mewajarkan perhimpunan mereka.

"Mereka mengadakan perhimpunan tersebut kerana mereka kata perhimpunan Bersih bersifat perkauman. Tetapi perhimpunan Bersih tidak bersifat perkauman kerana setiap bangsa berhimpun di sana bersama-sama.

"Oleh itu, mereka menyifatkan Bersih bersifat perkauman untuk menunjukkan mereka memperjuangkan orang Melayu," katanya selepas menyampaikan ucaptama pada Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, Selasa.

Tags / Kata Kunci: Dr Mahathir , Himpunan Rakyat Bersatu

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan