Nik Abduh Nafi Sertai Himpunan Baju Merah - Berita Semasa | mStar

Nik Abduh Nafi Sertai Himpunan Baju Merah

Diterbitkan: Rabu, 16 September 2015 6:30 PM

Nik Abduh memuat naik gambarnya berada di dalam kapal terbang di laman Facebooknya.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz menafikan beliau hadir ke Himpunan Rakyat Bersatu di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada Rabu.

"Taklah, saya di Kedah dan Pulau Pinang hari ini," katanya ringkas.

Malah, Ahli Parlimen Pasir Mas itu turut memuat gambar beliau sedang duduk di dalam kapal terbang di laman Facebook miliknya.

"Home sweet home... Penang KB now. Merah??," tulisnya dalam kapsyen gambar tersebut sejam yang lalu.

Difahamkan Nik Mohamad Abduh baharu sahaja selesai menghadiri program PAS di Merbok, Kedah.

Terdahulu, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Annuar Musa mengesahkan kehadiran Nik Mohamad Abduh pada perhimpunan tersebut.

PAS sebelum ini melarang mana-mana ahlinya untuk menyertai perhimpunan baju merah yang diadakan sebagai tindak balas terhadap perhimpunan Bersih 4 bulan lalu.




Tags / Kata Kunci: Nik Mohamad Abduh Nik Aziz , PAS
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan